Thursday 14 April 2011

SEINDAH MAWAR BERDURI...

Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.

~~Haruman Mawar~~
"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"


Dunia adalah perhiasan...dan sbaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..
jom sahabat-sahabat kta jdi mawar berduri ...
jom kta hayati bait2 ayat nie....

Hatiku resah,
Melihat sekuntum mawar hilang serinya,
Layunya dipetik tangan-tangan nakal,
Dikasari dengan kejam,
Adakah layaknya layanan seperti itu kepadamu?
Namun, adakah itu salah tangan-tangan yang memetikmu,
Atau dirimu terlalu mekar indah di taman,
Sehingga membangkitkan nafsu yang melihat.
Mawarku,
Tintaku tiada hentinya di sini,
Kau terlalu cantik,
Sehingga Allah menurunkan wahyu kepadamu,
An Nisa' menjadi saksi peraturan kepadamu,
Bahawa dirimu berhak dilindungi lelaki soleh.
Mawarku,
Usah kau pamerkan perhiasaanmu,
Usah kau megahkan kecantikanmu,
Kerana dirimu sememangnya perhiasaan dunia,
Setiap inci tubuhmu bakal menjadi santapan durjana,
Sekiranya kau biarkan kecantikan dirimu terdedah.
Mawarku,
Biarlah kau umpama mutiara terlindung,
Hanya dimiliki oleh insan yang ditakdirkan olehNya,
Allah itu adil dan saksama,
Walaupun kau insan lemah,
Namun imanmu jangan dibiarkan lemah..





THE MORAL

JaDiLaH MaWar yG SeNtIaSA MmAGarI DiRiNya dGn dUri....

4 comments:

  1. wanita hiasan dunia ! seindah hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga d dalam rumah tangga !!!

    ReplyDelete
  2. yup...wanita prlu mnjga dirinya...
    mga2 kta dirahmati oleh allah..

    ReplyDelete
  3. btul3...act, wanita nie sngat istimewa...wlopun wanita nie x sehebat lelaki tapi,yg mlahirkan seorang lelaki yg hebat(RASULULLAH)itu bukankah seorang wanita iaitu AMINAH!!!...jadi berbanggalah anda mnjadi seorang WANITA...^_^

    ReplyDelete
  4. yup...kta mst bngga mnjdi wanitaa,,,,
    kta kna hiasi akhlak kta dgn akhlak yg mlia...

    ReplyDelete