Thursday 5 May 2011

MISTERI ALAM ARWAH...

tajuk yg mnarik n dpt bg mnfaat kat kta sumaaa...
hayati la wadah ini ...kerana kita manusia sring alpa dgn dunia tipu daya ni smata mata....


Ketahuilah bahawa kematian adalah hal yang menakutkan.Kematian sangat berbahaya dan banyak dilupakan oleh umat manusia pada zaman sekarang.Perlu kita sedar ,bahawa orang yang terjerumus dalam urusan dunia semata-mata ,yang terpedaya oleh               gemerlapannya dunia dan menyukai kenikmatan yang diperoleh dengan perantaraan dunia pasti hatinya tidak ingat akan kematian.Jika ada yang menyebut akan kematian , maka orang yang hanyut dengan tipu daya dunia akan benci dan berpaling.Allah s.w.t telah berfirman dalam suruh al jumuah:8 “katakanlah : “Sesungguhnya kematian yang kamu lari darinya ,maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu,kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) ,yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata ,lalu Dia beri kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”Jika manusia sedar akan kematian ,dia akan sedar dan menyiapkan dirinya untuk kematian dan akan menjauhi dunia yang penuh dengan tipu daya.Apabila hati seseorang merasa tenteram kerana adanya harta benda , maka seharusnya dia perlu ingat suatu hari nanti pasti dia  akan meninggalkan kekayaannya itu.Menurut Salman Al Farisi ada tiga perkara yang mengagumkannya  iaitu “Orang yang mengharapkan dunia,sementara maut selalu mengejarnya ,orang yang lupa ,sementara dia tidak dilupakan dan orang yang tertawa ,sementara dia tidak tahu , apakah tuhan semesta alam meredainya  atau memurkainya.Berapa banyak orang yang terpedaya oleh dunia  yang sejuk adalah mata orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah SWT yang bergembira hanyalah orang yang merasa aman dari kesulitan di hari akhirat.Sesungguhnya kesusahan terhadap manusia adalah panjang , kematian adalah dekat kepada manusia ,setiap jaraknya semakin dekat dan dalam dirinya musibah bergerak.Maka bersiaplah sebelum kamu dipanggil untuk berangkat.Dalam khutbah Umar bin Abdul Aziz ra.Sesungguhnya kalian akan kembali kepada Allah untuk diputuskan apa yang ada antara  kalian.Maka celakalah hamba yang dikeluarkan Allah dari rahmatnya yang meliputi segala sesuatu ,dan daru syurganya yang luasnya seluas langit dan bumi.Kedamaian hanyalalah bagi orang yang takut dan bertakwa serta menggantikan sesuatu yang sedikit dengan sesuatu yang banyak ,yang fana dengan yang kekal dan keburukan dengan kebaikan.Ketahuilah bahawa cinta dunia adalah jika seseorang itu merasa tenteram kerana dunia.Kesenangan dan kenikmatan yang diperolehi di dunia,maka dia akan merasa berat untuk meninggalkannya,sehingga hati nya tidak mahu untuk berfikir tentang kematian yang merupakan jalan untuk meninggalkan dunia . Setiap orang yang benci sesuatu,maka dia menjauhkan dari dirinya.Sabda Nabi SAW ‘Salah satu dari kamu tidak menanti dari dunia kecuali kekayaan yang menjadikan zalim ,atau kemiskinan yang melupakan ,atau penyakit yang merosakan atau ketuaan yang mengikat ,atau kematian yang dipersiapkan atau dajjal .Maka Dajjal adalah kejahatan yang samar dan dinanti ,atau kiamat ,sedangkan kiamat lebih dasyat dan lebih pahit.Nabi SAW bersabda “Ambillah 5 perkara sebelum 5 perkara iaitu  muda sebelum tua ,sihat sebelum sakit ,kaya sebelum miskin ,lapang sebelum sempit ,dam hidup sebelum mati.Semoga Allah SWT  menjadikan kita semua termasuk orang yang tidak sombong dengan nikmat ,tidak lalai dalam beribadah kepadanya dan tidak menyesal dengan kematian .Ketahuilah kematian adalah lebih sakit daripada tikaman dan lain-lain.Orang yang mati tidak dapat lagi bersuara dan berteriak ,kerana rasa sakitnya teramat sangat ,kesakitan itu tertuju pada hatinya dan seluruh anggota badan.Rasa sakit tersebar merata pada zahir dan batinnya sehingga kedua biji matanya naik ke kelopak mata ,kedua bibirnya susut ,lidahnya kelu menuju ke pangkalnya dan hujung-hujung jarinya menghijau.Siapa yang sentiasa mengingati mati ,dia akan mendapat kemuliaan dalam 3 perkara iaitu mempercepatan taubat, bersikap sederhana dan rajin melaksanakan ibadah.Tetapi mereka yang tidak mengendahkan kematian ,mereka akan mendapat 3 keburukan iaitu lambat bertaubat,tamak dalam urusan dunia dan malas untuk melakukan kebaikan.Diriwayatkan bahawa seseorang yang sedang menghadapi sakratul maut ,dua syaitan akan duduk di sampingnya.Mereka merayu-rayu orang yang akan mati itu akan mati dalam dalam agama nasrani.Apabila Allah SWT kehendaki kebaikan terhadap seorang hambanya ketetapan pendirian dan petunjuk  maka datanglah Jibril datang untuk mengusir syaitan-syaitan itu dan menyapu wajah si mayat maka terhiaslah senyuman kerana kegembiraan yang Allah berikan.Ada tujuh perkara yang dialirkan pahalanya setelah kematian iaitu orang yang mengajar ilmunya,membuar saliran ,membuat telaga ,menanam kurma,membangun masjid ,mewariskan kitab/tulisan dan anak yang soleh.Oleh yang demikian kita yang masih bernafas di bumi Allah SWT perlu sedar dan sentiasa ingat akan kematian.Marilah bersama-sama kita berdoa moga Allah SWT memelihara kita dari azab kubur. Amin.  

dekatkanlah diri kita moga kta dimasukkan ke dlm golongsn yg beriman....
amin