Thursday 5 May 2011

MISTERI ALAM ARWAH...

tajuk yg mnarik n dpt bg mnfaat kat kta sumaaa...
hayati la wadah ini ...kerana kita manusia sring alpa dgn dunia tipu daya ni smata mata....


Ketahuilah bahawa kematian adalah hal yang menakutkan.Kematian sangat berbahaya dan banyak dilupakan oleh umat manusia pada zaman sekarang.Perlu kita sedar ,bahawa orang yang terjerumus dalam urusan dunia semata-mata ,yang terpedaya oleh               gemerlapannya dunia dan menyukai kenikmatan yang diperoleh dengan perantaraan dunia pasti hatinya tidak ingat akan kematian.Jika ada yang menyebut akan kematian , maka orang yang hanyut dengan tipu daya dunia akan benci dan berpaling.Allah s.w.t telah berfirman dalam suruh al jumuah:8 “katakanlah : “Sesungguhnya kematian yang kamu lari darinya ,maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu,kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) ,yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata ,lalu Dia beri kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”Jika manusia sedar akan kematian ,dia akan sedar dan menyiapkan dirinya untuk kematian dan akan menjauhi dunia yang penuh dengan tipu daya.Apabila hati seseorang merasa tenteram kerana adanya harta benda , maka seharusnya dia perlu ingat suatu hari nanti pasti dia  akan meninggalkan kekayaannya itu.Menurut Salman Al Farisi ada tiga perkara yang mengagumkannya  iaitu “Orang yang mengharapkan dunia,sementara maut selalu mengejarnya ,orang yang lupa ,sementara dia tidak dilupakan dan orang yang tertawa ,sementara dia tidak tahu , apakah tuhan semesta alam meredainya  atau memurkainya.Berapa banyak orang yang terpedaya oleh dunia  yang sejuk adalah mata orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah SWT yang bergembira hanyalah orang yang merasa aman dari kesulitan di hari akhirat.Sesungguhnya kesusahan terhadap manusia adalah panjang , kematian adalah dekat kepada manusia ,setiap jaraknya semakin dekat dan dalam dirinya musibah bergerak.Maka bersiaplah sebelum kamu dipanggil untuk berangkat.Dalam khutbah Umar bin Abdul Aziz ra.Sesungguhnya kalian akan kembali kepada Allah untuk diputuskan apa yang ada antara  kalian.Maka celakalah hamba yang dikeluarkan Allah dari rahmatnya yang meliputi segala sesuatu ,dan daru syurganya yang luasnya seluas langit dan bumi.Kedamaian hanyalalah bagi orang yang takut dan bertakwa serta menggantikan sesuatu yang sedikit dengan sesuatu yang banyak ,yang fana dengan yang kekal dan keburukan dengan kebaikan.Ketahuilah bahawa cinta dunia adalah jika seseorang itu merasa tenteram kerana dunia.Kesenangan dan kenikmatan yang diperolehi di dunia,maka dia akan merasa berat untuk meninggalkannya,sehingga hati nya tidak mahu untuk berfikir tentang kematian yang merupakan jalan untuk meninggalkan dunia . Setiap orang yang benci sesuatu,maka dia menjauhkan dari dirinya.Sabda Nabi SAW ‘Salah satu dari kamu tidak menanti dari dunia kecuali kekayaan yang menjadikan zalim ,atau kemiskinan yang melupakan ,atau penyakit yang merosakan atau ketuaan yang mengikat ,atau kematian yang dipersiapkan atau dajjal .Maka Dajjal adalah kejahatan yang samar dan dinanti ,atau kiamat ,sedangkan kiamat lebih dasyat dan lebih pahit.Nabi SAW bersabda “Ambillah 5 perkara sebelum 5 perkara iaitu  muda sebelum tua ,sihat sebelum sakit ,kaya sebelum miskin ,lapang sebelum sempit ,dam hidup sebelum mati.Semoga Allah SWT  menjadikan kita semua termasuk orang yang tidak sombong dengan nikmat ,tidak lalai dalam beribadah kepadanya dan tidak menyesal dengan kematian .Ketahuilah kematian adalah lebih sakit daripada tikaman dan lain-lain.Orang yang mati tidak dapat lagi bersuara dan berteriak ,kerana rasa sakitnya teramat sangat ,kesakitan itu tertuju pada hatinya dan seluruh anggota badan.Rasa sakit tersebar merata pada zahir dan batinnya sehingga kedua biji matanya naik ke kelopak mata ,kedua bibirnya susut ,lidahnya kelu menuju ke pangkalnya dan hujung-hujung jarinya menghijau.Siapa yang sentiasa mengingati mati ,dia akan mendapat kemuliaan dalam 3 perkara iaitu mempercepatan taubat, bersikap sederhana dan rajin melaksanakan ibadah.Tetapi mereka yang tidak mengendahkan kematian ,mereka akan mendapat 3 keburukan iaitu lambat bertaubat,tamak dalam urusan dunia dan malas untuk melakukan kebaikan.Diriwayatkan bahawa seseorang yang sedang menghadapi sakratul maut ,dua syaitan akan duduk di sampingnya.Mereka merayu-rayu orang yang akan mati itu akan mati dalam dalam agama nasrani.Apabila Allah SWT kehendaki kebaikan terhadap seorang hambanya ketetapan pendirian dan petunjuk  maka datanglah Jibril datang untuk mengusir syaitan-syaitan itu dan menyapu wajah si mayat maka terhiaslah senyuman kerana kegembiraan yang Allah berikan.Ada tujuh perkara yang dialirkan pahalanya setelah kematian iaitu orang yang mengajar ilmunya,membuar saliran ,membuat telaga ,menanam kurma,membangun masjid ,mewariskan kitab/tulisan dan anak yang soleh.Oleh yang demikian kita yang masih bernafas di bumi Allah SWT perlu sedar dan sentiasa ingat akan kematian.Marilah bersama-sama kita berdoa moga Allah SWT memelihara kita dari azab kubur. Amin.  

dekatkanlah diri kita moga kta dimasukkan ke dlm golongsn yg beriman....
amin










Friday 15 April 2011

ReSePi nAsi AyAm....huuuurrmmm

Salam...ari ney  jom kita blajaq bwat nsi ayam...
kak blik ak kta nsi ayam ahak2...kak ana jgn marah..

 
bahan 2 utk bwat nasi ayam
 
 -ayam
-bawang putih
-halia
-cube pati ayam
-salad
-tomato
-timun
-kicap
-garam n gula
`bawang besaq
-cabai melaka n cabai besar
-bnga lwang n bnga cngkih


cara nk bwat...

ayam:
mula2 basuh ayam smpai bersih....lpas2 kukus ayam sampai lmbut (15 mnt)
bawang putih  n halia tumbuk shgga lumat..(digunakan untuk perap ayam)..
gaulkan ayam ddlm bahan perap dan campurkan kicap....biarkan sehingga 15 mnit...
lpastu goreng....


nasi:
bsuh bras 3kali jgn lpa slwat....
 mskkan air rbusan aym (ukur mcm msak nasi biasa)
masukkan garam +cube pati ayam+klu nk kuning tmbah knyit...
tmis bwang besar +bwang putih 
kcau shngga sbati..


sup:

tumis bawang putih +bnga lawang+bnga cengkih
gna air rbusan ...lpas2 msukkan cube pati ayam...potong ayam (dadu)
msukkan garam n gula scukup rsa..
nk sdap lg ltak daun sup n daun bwang...


sos:


cabai  melaka n cabai besar n tomato kisaq 
msukkan garam n gula...
ltak asam kping..
msak  n kcau shngga pekat


lpas2 tmato n timun n salad...
jdikan hiasan...





SELAMAT MENCUBAAAA,,,:)

 
wahhhhhhhhhhhhhhhh sdapnyaaa.....

nyummmmmmm....nyummmmmm...


 

tjuk yg sgt hot...huhu...akhlak yg buruk tnda iman yg lemah...

wah cam xsngka ja kump kmi dah abis wat forum..
tjuk yg kmi dpat pon mmg TERHOT..TERBEST laaa..
tjuknya,,,jeng2...AKHLAK YG BURUK TNDA IMAN YG LEMAH...
syukran wat shbt2 yg sama 2 kngsi ilmu time forum kmi..
trbek dri ldang bak kata my leader...
cam xcaya ja...sbjek halaqah tlh mmbuatkan diriku ini brni utk bckp dhdapan...
xsia2 mngji subjek halaqah..
jom.....
kta dalami tjuk ney...
tjuk ney mmg bersesuaian dgn kta para rmaja...
akhlak b,asal dri prkataan "akhlaq" yg mrupakan jama' dr "khulqu"....bhs arab bmksud prngai,budi ,tabiat dan adab.Akhlak tbhg kpd 2 iaitu akhlak yg mulia n akhlak yg tercela..Akhlak yg mulia mnurut imam ghazali ada 4 perkara iaitu bijaksana,memelihara diri dr mlakukan bnda yg xbek, kbranian (tndukkan hawa nafsu) dan akhir skli mstilah bersifat adil.Akhlak yg mulia diredhai oleh ALLAH s.w.t. Akhlak yg mullia ini akan dpt mndkatkan diri kta dgn ALLAH..misalnya berbakti pd keluarga,sentiasa bckp benar,seperti firman ALLAH dlm surah Al-imran ayt 110..."kamu adalah umat yg terbaik untuk manusia ,menuju kpd yg makruf dan mncgah kpd yg mungkar dan beriman kpd ALLAH".Seperti kata pepatah seorang penyair Mesir,Syauqi Bei :"Hanya saja bangsa itu kekal selama berakhlak.Bila akhlaknya tlh lenyap,maka lenyaplah pulalah bangsa itu..



Akhlak yg buruk pula berasal dr pnykit hati yg keji spti iri hati ,ujub, sombong ,dengki dan sentiasa bersangka buruk..Akhlak yg buruk ini tlh mnybabkan berlakunya kerosakan samaada utk diri sndiri atau psekitaran...ALLAH S.W.T. tlh berfirman dlm suruh Ar-rum ayt 41 yg bererti,,, "telah timbul pbagai kerosakan dan bncana alam di darat mhupun laut dgn sbb dilakukan oleh tangan manusia.(timbulnya demikian adalah krn ALLAHhndak mrosakkan mrk sbgai tnda blsan perbuatan yg buruk dilakukan oleh mereka supaya mereka kmbali insaf dan btaubat."





Dalam membina iman yang benar dan sempurna, Rasulullah SAW terus-menerus menanamkan akhlak yang luhur, agar umatnya terpelihara dari perbuatan mungkar yang dimurkai Allah. Walaupun demikian, masih ada sementara orang yang beragama yang meremehkan perbuatan ibadah yang diwajibkan.

Memang terkadang di antara mereka menunjukkan sikap yang baik di muka umum dan bicaranya cukup lantang ingin menegakkannya, tetapi di balik itu mereka tidak segan-segan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan akhlak yang mulia.

Pentingnya hubungan akhlak dengan iman dan hubungan iman dengan ibadah yang benar. Nabi Muhammad SAW menambahkan dengan menjadikan iman sebagai dasar segala kebaikan dan kebenaran di dunia, serta keselamatan dan kebahagiaan dan akhirat.

Demikian juga masalah akhlak tidak kalah pentingnya, bahkan lebih penting dari itu. Karena itu, dalam pembinaan harus mendapat petunjuk serta nasihat yang terus-menerus, agar dapat meresap dalam hati dan melekat dalam ingatan. Hingga menjadi keyakinannya, bahwa iman, kebaikan dan akhlak adalah unsur-unsur yang erat kaitannya, tidak bleh dipisahkan satu dengan lainnya,,,,



Moga2 ilmu ii dpat memberi manfaat pd kita...
INSYAALAH

WALLAHU TAALA A'LAM....

Thursday 14 April 2011

SEINDAH MAWAR BERDURI...

Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.

~~Haruman Mawar~~
"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"


Dunia adalah perhiasan...dan sbaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..
jom sahabat-sahabat kta jdi mawar berduri ...
jom kta hayati bait2 ayat nie....

Hatiku resah,
Melihat sekuntum mawar hilang serinya,
Layunya dipetik tangan-tangan nakal,
Dikasari dengan kejam,
Adakah layaknya layanan seperti itu kepadamu?
Namun, adakah itu salah tangan-tangan yang memetikmu,
Atau dirimu terlalu mekar indah di taman,
Sehingga membangkitkan nafsu yang melihat.
Mawarku,
Tintaku tiada hentinya di sini,
Kau terlalu cantik,
Sehingga Allah menurunkan wahyu kepadamu,
An Nisa' menjadi saksi peraturan kepadamu,
Bahawa dirimu berhak dilindungi lelaki soleh.
Mawarku,
Usah kau pamerkan perhiasaanmu,
Usah kau megahkan kecantikanmu,
Kerana dirimu sememangnya perhiasaan dunia,
Setiap inci tubuhmu bakal menjadi santapan durjana,
Sekiranya kau biarkan kecantikan dirimu terdedah.
Mawarku,
Biarlah kau umpama mutiara terlindung,
Hanya dimiliki oleh insan yang ditakdirkan olehNya,
Allah itu adil dan saksama,
Walaupun kau insan lemah,
Namun imanmu jangan dibiarkan lemah..





THE MORAL

JaDiLaH MaWar yG SeNtIaSA MmAGarI DiRiNya dGn dUri....




Gratisan Musik




jom smbhyg...

Wednesday 13 April 2011

kemanisan ukhuwah...

sahabat????
apa itu mkn sahabat...
kita prlu mndalami apa yg dimakdudkan dgn sahabat...
bqulaaa kta akan rsa kmnisan bersahabat...
sahabat ada lah insan yg mnjdi pneman kita dikala suka dan duka..
sahabat jga prlu mnjdi pndorong kpd shbat yg lain...
jgn mnykitkan ati shbat kita ...
psti suatu ari nnt kita akn mrsai apa yg sahabat kta mrasai...
sahabat jga prlu mnerima  kkurangan kta....
mnegur kta tatkala kta mkin terpesong dri lndasan sbnaq..
itu bqu dkatakan sahabat sejati...

Sabda Baginda bermaksud:
“Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali yang bertaqwa”
(Hadis riwayat Abu Daud & At-Tarmizi)

sahabat yg beriman ibarat bintang yg berkilau,
sahabat yg setia ibarat pewangi yg harum,
sahabat yg sejati pendorong impian,
sahabat yg berhati mulia membawa seribu kebahagiaan
 
Sesekali jadilah PENDENGAR,
bukan hanya tahu menjadi PENCERITA..
Luangkan masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
kerana dia juga seperti kita, seorang manusia.
Punya rasa bimbang, takut, sedih, gembira dan juga kecewa.
Dia juga punya kelemahan dan adakalanya ingin berkongsi kisah suka dan duka.
Jadilah kawan yang dapat memberikan kekuatan.
Mungkin kita selalu melihat dia ketawa,
tapi jarang diselami akan jiwanya.
Tawanya mungkin tak setulus yang dinyata,
padahal hati dirobek luka.
Selalu melihat dia gembira,
mungkin dia tak setabah yang kita jangka.
Disebalik wajah yang selalu ceria,
mungkin terselit jiwa yang derita.
Kita hanya mahu orang tahu tentang kita,
apa salahnya sesekali kita ambil tahu tentang dia
kerana………
MEMBERI ITU LEBIH BAIK DARI HANYA TAHU MENERIMA.



akhir kalam....



RASALAH KEMANISAN BERSAHABAT<3<3

UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADAAA... :)